Anthony mahu kebajikan pekerja Malaysia di Singapura dijamin

KiniTV 2020-03-17

Views 643

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke hari ini menyatakan kerajaan perlu menjamin kebajikan warga Malaysia dari Johor yang bekerja di Singapura, berikutan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan semalam.

Ini termasuk melakukan perbincangan dengan kerajaan Singapura mengenai persediaan penginapan serta memastikan pekerja-pekerja ini tidak kehilangan kerja akibat tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia selama 14 hari.

"Ini merupakan persoalan yang besar kerana melibatkan ratusan ribu rakyat Malaysia, bukan sahaja di antara Johor dan Singapura, tetapi juga di antara negeri-negeri utara dengan sempadan Thailand," katanya dalam satu sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form