Malaysia dan Singapura akan mengadakan perbincangan untuk mengiktiraf sijil vaksinasi masing-masing secara bersama dalam usaha memudahkan pergerakan rentas sempadan bagi kedua-dua pihak untuk pelbagai tujuan terutama pekerjaan.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perbincangan berkaitan perkara itu amat penting kerana hubungan kedua-dua negara amat rapat dalam melaksanakan pelbagai urusan setiap hari.