Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura serta rakyat Singapura yang berada di negara ini berpusu-pusu meninggalkan Johor Bahru malam tadi, berikutan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan dua hari lepas.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja tidak akan dibenarkan berbuat demikian mulai hari ini hingga 31 Mac.
Dalam satu rakaman video yang dikirimkan oleh Bear Fong, dia memberitahu telah terperangkap dalam kesesakan lalulintas di sempadan Malaysia-Singapura sejak jam 4 petang semalam dan hanya berjaya melalui imigresen beberapa jam selepas itu.