Malaysia dan Thailand akan membenarkan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara menerusi dua pintu sempadan darat, bermula 1 April depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kedua-dua negara itu bersetuju membuka pintu masuk di Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan buat masa ini.