PKR mahu Menteri dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan berhubung keputusan menaikkan bayaran untuk pembaharuan permit pekerja asing dan memberi MyEG Services Bhd (MyEG) kuasa monopoli bagi melaksankannya.
ADUN Semambu Lee Cheean Chung berkata, jika kerajaan memilih untuk membisu, maka pihaknya tidak akan teragak-agak bagi mengheret mereka ke Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau MyCC.