akyat Johor perlu bijak memperjuangkan isu eksploitasi oleh Singapura terutamanya isu harga air murah yang dijual kepada negara itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata Singapura sebagai negara maju dengan pendapatan per kapita AS$18,000 tidak seharusnya membeli air daripada negara dengan perdapatan per kapita tidak sampai AS$10,000 pada harga murah iaitu 3 sen bagi 1,000 gelen sejak tahun 1926 lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama Kepimpinan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.