Polis Johor merampas pelbagai barangan yang diseludup bernilai hampir RM2 juta menerusi 14 serbuan Op Kontraban di seluruh negeri sejak Rabu lalu.
Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, seramai 25 lelaki termasuk enam warga asing dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan diesel, minyak masak bersubsidi, arak dan rokok ditahan dalam serbuan itu.
Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/372980241585220