Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat menganggarkan seramai 10,000 hingga 11,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal ditugaskan mengawal keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Bagaimanapun, katanya polis Johor masih menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), difahamkan pada 9 Februari depan.
Sementara itu, Kamarul berkata polis Johor akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau media sosial bagi mengelak penyebaran maklumat tidak benar.
Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/1583177622045238/