Jabatan Polis Trafik Johor akan melancarkan satu Operasi Khas bagi mengesan pemandu yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat dan kesalahan plat pendaftaran kenderaan.
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Op Khas ini akan memfokuskan kesalahan melanggar lampu isyarat terutama bagi pemandu p-hailing (perkhidmatan penghantaran barangan) dan juga plat pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.