Polis Johor telah berjaya mencapai 95 peratus daripada misi dan visi yang ditetapkan hasil sokongan padu oleh anggota-anggotanya, kata Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay.
Bagaimanapun katanya, antara isu yang boleh diperbaiki di dalam pasukan itu ialah isu penyeliaan dan juga menangani penglibatan anggota polis dalam kesalahan melibatkan dadah.
Ayob berkata demikian dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bharu hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/457475148778774