Sekretariat DESAK menzahirkan rasa kecewa terhadap Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guang Eng kerana pada kali ini, langsung tidak menyentuh solusi pembayaran PTPTN.
Katanya, kerajaan Malaysia sepatutnya memberikan bantuan atau peruntukan khusus kepada golongan mahasiswa kerana mereka juga merupakan rakyat Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai rakyat yang tidak berpendapatan dan sangat memerlukan bantuan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka.