Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) harus memberi kelonggaran sebelum memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara kepada kepada peminjam-peminjam yang gagal melunaskan pembiayaan pendidikan mereka.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sentiasa akan menyokong kehendak rakyat yang majoritinya tidak bersetuju dengan tindakan PTPTN yang dilihat menekan para peminjam.
Atas sebab itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyarankan kepada urus tadbir PTPTN supaya memberi sedikit ruang kepada para peminjam terutamanya yang masih menganggur.