Kerajaan bersetuju melanjutkan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada tiga kepada enam bulan.
Penangguhan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.
“Penangguhan ini yang berkuat kuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September
2020 dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam sidang media sebentar tadi.