Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching hri ini berkata antara punca penurunan kutipan bayaran PTPTN bagi tahun ini adalah lanjutan tempoh penangguhan yang diberikan kerajaan terdahulu.
Kerajaan BN sebelum ini melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik dari enam bulan kepada setahun.
Justeru kata Teo penurunan kutipan bukan hanya berpunca daripada pengeluaran nama peminjam yang gagal membuat bayaran daripada senarai hitam imigresen, seperti yang didakwa Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).
Teo berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan Khairy.
Khairy bertanyakan jumlah bayaran semula yang dikutip PTPTN selepas nama mereka yang ingkar dibuang daripada senarai hitam imigresen.
Teo berkata jumlah yang dikumpul antara Jun dan September adalah RM817.65 juta berbanding RM1.324 bilion yang dikumpul untuk tempoh sama tahun lalu.