Van yang membawa jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 11 pagi untuk dibawa ke Istana Negara di ibu negara.
Baginda mangkat pada usia 88 tahun di IJN pada 8.50 pagi tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu sidang media di Kuantan, Pahang, berkata jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah akan dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada petang ini.
Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja sebelum dimakamkan selepas Zohor esok.
Kredit video: Bernama