Kenderaan yang membawa Peguam Negara Idris Harun dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada jam 10.47 pagi.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong tengahari ini bagi meletakkan jawatan.
30 kakitangan media dari pelbagai agensi telah mula berkumpul di luar Istana Negara pada pukul 8 pagi, bagi melaporkan situasi semasa di lokasi itu.