Ahmad Zahid Hamidi hari ini membalas dakwaan kebocoran 'Pandora Papers' atau Kertas Pandora yang mengaitkan presiden Umno itu dengan sebuah firma luar pesisir di Kepulauan Virgin Britain.
Menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong), Zahid (BN-Bagan Datuk) memberitahu Dewan Rakyat bahawa dia adalah CEO syarikat tersenarai pada masa itu.
Firma ini katanya, mempunyai pelaburan di "negara besar" dan diberi konsesi untuk menjadi pengeluar tenaga bebas (IPP) di sana.
Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa nama Zahid muncul dalam dokumen firma undang-undang Panama terkemuka Alemán, Cordero, Galindo & Lee (Algocal), yang bertindak sebagai ejen firma bernama Breedon Limited di Kepulauan Virgin Britain.