Ahli Parlimen Selayang, William Leong percaya Kertas Pandora adalah sebahagian daripada langkah negara-negara kuasa besar untuk memberi tekanan kepada negara lain agar menandatangani persetujuan Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) berkenaan percukaian.
Sebagai hujah, dia berkata Kertas Pandora didedahkan pada 3 Oktober - lima hari sebelum persetujuan itu ditandatangani pada 8 Oktober.
Leong berkata demikian dalam forum atas talian berkenaan Kertas Pandora yang dianjurkan NGO Pusat Melawan Rasuah dan Kronisme (C4) semalam.
Sumber video https://fb.watch/8VTQ375Z5f/