Ahli-ahli parlimen UMNO mula menuju ke Istana Negara menaiki sebuah bas bagi mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Antara yang sempat dirakam ialah Annuar Musa (Ketereh), Ahmad Maslan (Pontian), Najib Razak (Pekan), Tengku Razaleigh (Gua Musang) dan Azeez Rahim (Baling).
Bekas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga turut dilihat menaiki bas tersebut.
Ahmad Maslan sempat berseloroh kepada pemberita, mengatakan mereka seperti pelajar sekolah menaiki bas.