Genap seminggu selepas Umno menamatkan perhimpunan agung tahunannya - dan timbalan presiden parti itu dilarang berucap - hari ini pertubuhan PERKASA tampil dengan sindiran tajam.
Dalam ucapan perasmian Naib Presiden PERKASA Syed Osman Syed Mansor berkata pertubuhan berkenaan membuktikan mereka bersifat inklusif dan bukan seperti "pertubuhan lain".