Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu memandangkan parti itu menghadapi risiko semakin kehilangan pengaruh dalam arus politik negara.
Tawaran itu dibuat presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bersama peringatan agar Umno mengurangkan cakap-cakap manis semasa perhimpunan agung tahunannya.
Menurut Ibrahim, PERKASA adalah pertubuhan bukan kerajaan paling berstruktur dengan keanggotaan lebih 500,000 orang di seluruh negara.