Umno ada adab, tiada yang berdarah, bertumbuk di PAU - sindir Zahid

KiniTV 2019-12-08

Views 678

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kegembiraan kerana perhimpunan agung parti itu tidak berakhir dengan insiden pergaduhan seperti PKR.
"Perhimpunan kita di Dewan Merdeka (PWTC) sejak semalam dan sebelum itu oleh sayap-sayap (parti) dan malam sebelumnya, saya tidak nampak seorang pun yang memakai tengkolok tetapi berdarah.

"Tidak ada penumbukan, penendangan di dalam dan di luar dewan," katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno semalam, sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Kata Ahmad Zahid, kejadian ahli-ahli mengadakan perhimpunan berasingan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno.

"Tidak juga ada amalan dari presiden parti untuk memecat mana-mana ahli yang mengadakan persidangan berbeza, ini bezanya kita Umno dengan parti lain," katanya.

"Kita mempunyai ketertiban parti, kita mempunyai adab, tatacara, itu budaya Umno sejak ditubuhkan hingga sekarang," tambahnya.

Adalah jelas Zahid merujuk kepada insiden pergaduhan yang berlaku semasa kongres Pemuda PKR (AMK) di Melaka kelmarin yang berlarutan sehingga sejam.

Share This Video


Download

  
Report form