Sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan diadakan sebagai memperingati ketiga-tiga bahagian Wilayah Persekutuan di negara ini dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang pertama pada 1 Februari 1974. Susulan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan telah mula melaksanakan pelbagai program bersempena 50 Tahun Wilayah Persekutuan yang bermula sejak bulan Oktober 2023 sebagai aspirasi untuk meraikan dan mengiktiraf kegemilangan pembangunan Wilayah Persekutuan bersama komuniti.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan program yang digerakkan Jabatan Wilayah Persekutuan, ikuti penerangan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Ybhg. Dato’ Indera Noridah Binti Abdul Rahim di #AWANIPagi.