Tahun 2022 menandakan 50 tahun Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM menabur jasa kepada negara dalam melahirkan modal insan yang hebat dalam bidang kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, pengiklanan dan penerbitan.
Sebagai sekolah komunikasi massa yang pertama di Malaysia, ia kini ditambahbaik dengan menyebarluas bidang baharu iaitu program komunikasi media baharu seiring dengan perkembangan semasa.