Sambutan 50 tahun Wilayah Persekutuan melabuhkan tirainya pada Ahad dengan penganjuran Karnival Santai Keluarga 50WP dan Temu DBKL sebagai kemuncak sambutan di Taman Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha binti Mustafa, penganjuran karnival itu dilihat sangat baik kerana dapat menyatupadukan pelbagai komuniti khususnya warga Wilayah Persekutuan.