T20 tidak lagi nikmati subsidi haji, elektrik - PM

Sinar Harian 2023-05-22

Views 1

BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak lagi akan menerima manfaat subsidi yang diberikan kerajaan berkenaan tarif elektrik dan haji.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan menaikkan kadar tarif elektrik bagi kumpulan B40.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) pada persidangan Dewan Rakyat yang mahu mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksanakan sejak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara, dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form