Jangan politikkan isu subsidi T20 - PM
BERITA SEMASA 6 JUN 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pengurangan subsidi yang dibuat kerajaan hanya untuk orang kaya ataupun golongan T20 bukan merangkumi semua.
Jelasnya, perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana beliau mendakwa golongan T20 sudah maha kaya dan mereka tidak layak menerima subsidi elektrik dan haji.
Tegasnya, setakat ini kerajaan hanya kurangkan subsidi elektrik dan haji sahaja tiada yang lain.
#DewanRakyat #SinarHarian