Subsidi bersasar tarif elektrik T20 diumum hujung tahun ini - Nik Nazmi
BERITA SEMASA 25 MEI 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan mengenai keputusan kerajaan untuk tidak memberi subsidi elektrik buat golongan T20 sewajarnya tidak perlu dipersoalkan kerana golongan itu sememangnya tidak patut menerima berbanding golongan B40.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan lagi menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji.
Tambahnya lagi, Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir hujung tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.
#BeritaSemasa #Parlimen #SinarHarian