Pas mahu terus menjayakan penyatuan ummah selain memberi fokus memastikan agenda satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) dapat dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Ketua Penerangannya, Senator Khairil Nizam Khirudin, agenda itu memerlukan penyatuan parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14.