Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap gabungan beberapa parti Melayu yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus kekal sehingga Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).
Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti lain yang tidak menyertai Perikatan Nasional terutama UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama tersebut.