Rata-rata masyarakat tidak bersetuju untuk Pilihan Raya Umum (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat, namun sekiranya perlu mereka tetap akan mengambil bahagian dalam menjalankan tanggungjawab itu.
Jelas penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, Dr G Manimaran, ini bukan tanda protes untuk menolak sesebuah parti, namun beliau melihat rakyat mahukan isu pergelutan politik pada ketika ini diselesaikan segera.