Kes membabitkan pelajar dan guru tahfiz semakin meningkat apabila bilangan positif COVID-19 kini mencecah 330 orang atau 6.1 peratus daripada jumlah kumulatif kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti 13 ribu 833 pelajar dan guru daripada 208 madrasah tahfiz di seluruh negara dengan lima ribu 385 sampel saringan telah dilakukan.