Pertambahan 453 kes positif COVID-19 melibatkan tahanan penjara dan kakitangannya pada Selasa menyaksikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah 1,126 kes.
Jabatan Penjara Malaysia berkata, pihaknya telah mengambil segala langkah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan untuk merawat, kuarantin dan mencegah penularan wabak tersebut.