Seramai 71 pelajar dan dua guru sekolah berasrama penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya, disahkan positif Covid-19, setakat ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata daripada jumlah itu, seramai 65 pelajar dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.