Covid-19- Penutupan sekolah di kawasan terjejas dilihat kes demi kes

KiniTV 2020-08-04

Views 9

Menteri Pendidikan MohdRadzi Md Jidin menjelaskan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang terjejas akibat wabak Covid-19 akan dibuat berdasarkan kes demi kes, tertakluk nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain itu kata Radzi, pemakaian topeng muka masih belum diwajibkan di sekolah dan pihaknya sedang melihat kesesuaian penggunaan topeng muka guna semula (reusable) di sekolah.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) mengenai kesediaan kerajaan menutup sekolah-sekolah di kawasan yang terjejas dan adakah kementerian akan menyediakan topeng muka boleh guna untuk pelajar daripada golongan B40.

Share This Video


Download

  
Report form