Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin membuat laporan polis susulan penyebaran sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama empat individu lain tanpa penjarakan fizikal.
Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, dia menafikan dan menegaskan bahawa gambar tersebut adalah palsu.