PAS Titiwangsa telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang telah melanggar kuarantin Covid-19 dengan menghadiri satu sidang media kelmarin.
"Kami risau jika tidak dipatuhi, isu kuarantin akan menyebabkan jangkitan lebih serius terhadap masyarakat pada hari ini," kata Yang DiPertua (YDP) PAS Titiwangsa, Khairul Anuar selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Pudu, Selangor.
Pada Ahad lalu, Amirudin telah menghadiri satu sidang media bersama Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan dengan pencemaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.
Amirudin kemudiannya memohon maaf kerana melanggar kuarantin, tetapi pada masa sama beliau menunjukkan ujian saringan ke atasnya sebelum ini keputusan negatif.
Selain itu, Khairul turut membuat laporan polis terhadap laman web media BERMANA.com yang cuba meniru laman web BERNAMA dan beberapa laman web lain seperti Harakatdaily, NegaraKini, Sinarian Harian yang didakwa memaparkan berita-berita palsu.