Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian hari ini menyatakan kekecewaannya dan berkata tindakan sewajarnya dapat diambil jika kerajaan negeri diberitahu lebih awal mengenai pencemaran yang berlaku.
Menurut Hee, Indah Water Konsortium (IWK) telah mengesyaki pengendali premis membuang sisa berjadual sehingga menyebabkan loji IWK menerima bahan berwarna kemerahan dan terpaksa menghentikan operasinya pada 4 November.
Bagaimanapun IWK hanya memberitahu perkara tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan bukan kerajaan negeri.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=iJn6a7Lhi-E