Bekas pegawai polis, Md Ali Amir Batcha membuat laporan polis terhadap bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor atas dakwaan salah guna kuasa dan menahannya tanpa bicara secara tidak sah di bawah Ordinan Darurat selama tiga tahun pada 1990-an.
Md Ali mendakwa dia adalah mangsa konspirasi di mana dia dituduh secara salah terlibat dalam kes rompakan bersenjata selepas dia berjaya melumpuhkan kegiatan samseng di Johor sejak 1995.
Dia turut menamakan empat bekas pegawai tinggi polis, termasuk ketua polis Johor ketika itu dalam laporannya.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/616502