Tidak ada lagi sebarang alasan untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melewat-lewatkan urusan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Presiden Penaja Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata, parti itu telah memenuhi syarat dikehendaki dan mengemukakannya semula kepada ROS dan peringkat bahagian dasar KDN selepas sahaja kenyataan dikeluarkan berkenaan penolakan pendaftaran Pejuang dua minggu lepas.
Beliau berkata demikian semasa sidang media secara maya di aplikasi Zoom hari ini.
Sumber video: https://www.facebook.com/partipejuang/videos/2784321941897195