Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama membantu siasatan sekiranya terdapat laporan polis dibuat terhadap dakwaan salah laku dan rasuah yang didedahkan oleh saluran Telegram dinamakan 'Edisi Siasat'.
Menterinya, Hamzah Zainudin dalam sidang medianya hari ini juga mengakui, beliau baru mengetahui mengenai kewujudan saluran Telegram berkenaan, yang baru-baru ini mendedahkan salah laku pegawai kanan PDRM dan SPRM.
Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/1702125969996491