Pejuang nekad tolak Belanjawan jika 12 syarat tak dipenuhi - Mukhriz

KiniTV 2020-11-18

Views 1.5K

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi 12 syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ahli parlimen parti itu menyokong Belanjawan 2021.

Mukhriz Mahathir (Bebas- Jerlun) yang juga presiden penaja Pejuang berkata, pihaknya nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya beberapa pindaan yang dikemukakan tidak dilayan.

Antara 12 syarat yang dikemukakan termasuk lanjutan moratorium dan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana dibangkitkan BN.

Share This Video


Download

  
Report form