Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba malam tadi mengulangi pendirian kerajaan sebelum ini bahawa vaksin Covid-19 akan diberi secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Dalam satu wawancara di RTM malam tadi, beliau juga berharap pengumuman ini dapat meyakinkan golongan yang masih belum membuat keputusan untuk menerima vaksin itu supaya negara dapat mencapai imuniti kelompok.