Vaksin AstraZeneca disahkan selamat untuk digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang kini memasuki pelaksanaan fasa kedua.
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata vaksin itu akan digunakan untuk imunisasi golongan berusia 60 tahun ke atas yang dinilai sebagai paling sesuai menerimanya.
Beliau memaklumkan, vaksin itu akan digunakan dalam fasa kedua program imunisasi berkenaan, namun tidak menyatakan bila pemberiannya dijadualkan bermula.