Vaksin Sinovac diberi pada warga emas 60 tahun ke atas

KiniTV 2021-04-12

Views 817

Khairy Jamaluddin hari ini menyentuh kebimbangan mengenai vaksin dari China, Sinovac yang telah diluluskan untuk digunakan di Malaysia buat golongan berumur 60 tahun ke atas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, jawatankuasa vaksin sudah menyemak data Sinovac dan memutuskan untuk menggunakannya ke atas warga emas berdasarkan ujian-ujian di Brazil.

Data daripada ujian-ujian berkenaan menunjukkan bahawa vaksin Sinovac mempunyai keberkesanan 83.7 peratus untuk kes sederhana Covid-19 dan 100 peratus berkesan untuk kes yang teruk, katanya.

Share This Video


Download

  
Report form