Warga asing tanpa izin dan pelarian mungkin tidak akan tampil menerima vaksin Covid-19 selagi tiada perubahan dasar penguatkuasaan oleh agensi-agensi keselamatan berkaitan, kata Senator DAP Liew Chin Tong.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu mengulas jaminan dibuat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sebelum ini bahawa warga asing tanpa izin tidak akan ditangkap apabila mereka tampil untuk mendapatkan vaksin Covid-19.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=HSR0ncOzJps