Urusan kerajaan dengan syarikat syarikat farmaseutikal dalam mendapatkan vaksin Covid-19 harus dilakukan secara terbuka, kata Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu mengatakan, tindakan merahsiakan perjanjian perolehan vaksin itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, terutama apabila melibatkan sejumlah besar dana awam.