Penamatan PKP tidak boleh berlaku sekaligus - Dr M

KiniTV 2020-04-17

Views 2.6K

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan tidak ada tarikh tetap bila perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan kerajaan boleh ditamatkan dan berpendapat ia tidak boleh ditamatkan sekaligus.

Katanya dalam sesi sembang secara langsung bersama pakar perunding perubatan dan paru-paru, Dr Nurul Yaqeen di Facebook tadi, pelonggaran peraturan PKP boleh dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan tiap-tiap kelompok.

Share This Video


Download

  
Report form