Isu gangguan bekalan air: Ronnie Liu cadang IWK didakwa di mahkamah

KiniTV 2020-11-11

Views 2.7K

Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu menyarankan supaya Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd didakwa di mahkamah berikutan dakwaan syarikat itu menjadi punca pencemaran sehingga mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, semalam.

Bercakap semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Ronnie juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diambil tindakan dengan dikenakan surat amaran kerana dilihat tidak berusaha menyelesaikan masalah ini.

Semalam, gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah bermula 6 petang, berikutan pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor seperti diumumkan Lembaga Urus Air Selangor (Luas).

Susulan pencemaran itu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas.

Share This Video


Download

  
Report form