Lagi gangguan bekalan air di Lembah Kelang, 1.1 juta penduduk terjejas

KiniTV 2020-11-10

Views 1.6K

Susulan pencemaran Sungai Selangor yang dikesan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan bermula jam 6 petang ini.

Ia melibatkan Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Share This Video


Download

  
Report form